Rabu, 29 Jun 2011

" SMART" penyelesaian sentuhan jari

       Bagaimana igin mewujudkan suasana pengajaran dan penbelajaran (P&P) yang lebih berkesan , tidak membosasnkan dan menarik tumpuan pelajar berbanding penggunaan kapur dan papan tulis atau " talk n chalk" seperti yang biasa dipraktikkan sekarang .
Sejajar dengan perkembangan dunia digital , seharusnya peralihan kearah kaedah P&P yang lebih intraktif perlu diperkenalkan .
Kecemerlangan pelajar sebenarnya bukan sahaja bergantung pada ilmu yang dicurahkan semata - mata , sebaliknya teknik dan kaedah penyampaiaan guru teuryt memainkan peranan utama dalam melahirkan pelajar yang bijaksana .
Menyedari dunia pendidikan yang lebih kompetataif masa kini . telah memberi idea kepada syarikat atau pembekal untuk menghasilkan serta memasarkan peralatan pengajaran berteknologi tinggi yang mampu merangsang guru dan pelajar untuk memberi tumpuan semasa P&P dalam kelas .
Terdapat pelbagai peralatan teknologi pengajaran yang biasa digunkan pada mas sekarang seperti komputer , projektor , papan putih , perisian serta perkakasan lain . Selain itu telah ada peralatan yang lebih canggih dan mesra pengguna untuk P&P.yang mula di perkenalkan dipasaran .
Smart Technologies (SMART) syarikat yang pertama memperkenalnkan teknelogi papan putih berintetaktifmemahami keperluan itu dengan menyediakan peralatan pengajaran yang lebih interaktifdan mampu merangsang minat untuk mendalami pengajran secara menyeluruh .
SMART menjadikan proses pengajaran lebih menyeronokan . Kesepaduan antara perkakasan , teknologi multimedia dan kreativiti manusia menjadikan proses P&P satu pengalaman yang penuh interraktif dan tidak menjemukan .SMART diperkenalkan pada tahun 1991 telah menguasai pasaran dunia pada masa kini . Kira-kira 25b juta guru di lebih 900,000 kelas di 175 negara seluruh dunia . Pengarah Projek dan Wakil Wilayah SMART Teknologies Ahmad Hazman Yusoff berkata di Malaysia banyak Universiti, Kolej Swasta menggunakan kaedah SMART . Teknologi ini lebih dinamik dan wujud keberkesanan dalam kaedah pengajaran , menjimatkan masa dan tumpuan guru lebih kepada murid serta mendapat maklum balas yang positif daripada pelajar . Dengan hanya sentuhan jari atau sebatang pen guru atau pelajar dapat membuat sesuatu tugasan pada papan putih dengan mudah dan cepat  berbanding penggunaan tetikus (mouse) atau pen khas lazimnya Papan putih interaktif  SMART , dianggap produk penyelesaian paling tepat dan mesra pengguna untuk mewujudkan situasi ceria dalam bilik darjah dan mesra pengguna. Guru dapat menjimatkan masa kerana dapat menyediakan bahan p&p sebelum kelas bermula dan guna bahan yang sedia ada tanpa rasa khuatir dan mampu memberi tumpuan kepada perkakasan yang disediakan . Ia juga boleh dilengkapi dengan sistem audio dan peralatan lain yang mampu menceriakan suasana dalam bilik darjah .
        Smart Board juga mempunyai lebih dari 6,000 koleksi pelbagai objek meliputi grafik , audio video dan juga simpel aktiviti pengajaran yang boleh di aks.es dan digunakan secara percuma oleh guru dalam bilik darjah. Contohnya dengan memaparkan bahan pengajarn simulasi hidupan dasar laut pada papan putih berinteraksi SMART , pelajar atau guru boleh meneroka pemandangan di dasar laut dengan cara menolak paparan tersebut sama ke kiri , ke kanan ke atas atau ke bawah . Paparan animasi atau video berkenaan tidak lagi bersifat statik seperti menonton di kaca tv , pelajar boleh menentukan arah mana yang ingin di lihat dan mereka boleh meneroka pelbagai jenis ikan dan terumbu karang yang terdapat di dasr laut secara interaktif.
         Papan putih interaktif SMART ini didatangkan dalam lima saiz iaitu 48 inci, 64 inci , 77 inci , 87 inci dan 94 inci dengan harga antara RM 5,000 hingga RM 13,000 bergantung pada saiz